50 rumah dilanda banjir di Kampung Sumpitan, Lenggong

50 rumah dilanda banjir di Kampung Sumpitan, Lenggong

ANGGOTA bomba memindahkan mangsa banjir di Kampung Sumpitan, Lenggong, Ipoh, hari ini. - FOTO/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 50 buah rumah di Kampung Sumpitan Lenggong, dilanda banjir berikutan hujan lebat petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir itu pada pukul 6.10 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong dan jentera ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku banjir di Kampung Sumpitan, Lenggong melibatkan 50 buah rumah.

“Paras air sedalam empat kaki di kawasan tersebut dan cuaca masih hujan. Pemindahan mangsa sedang dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya