312 penumpang feri terkandas, kipas feri tersangkut tali pukat nelayan - Utusan Malaysia

312 penumpang feri terkandas, kipas feri tersangkut tali pukat nelayan

KiRA-KIRA 312 penumpang feri dari Kuah, Langkawi ke Kuala Perlis terkandas kira-kira dua jam selepas kipas feri berkenaan tersangkut tali pukat nelayan di perairan Kuala Perlis sebentar tadi.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Seramai 312 penumpang feri dari Kuah, Langkawi ke Kuala Perlis di sini terkandas kira-kira dua jam selepas propeller atau kipas feri berkenaan tersangkut tali pukat nelayan di perairan Kuala Perlis sebentar tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu ketika feri berkenaan berada tidak jauh dari terminal feri Kuala Perlis.

Feri tersebut yang berlepas dari terminal feri Kuah pada pukul 8 malam dan dijadual tiba di Kuala Perlis sejam kemudian.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom memberitahu, pihaknya mendapatkan bantuan bot nelayan untuk menunda feri masuk ke terminal.

Katanya, proses menunda tersebut sedang dijalankan ketika ini.

“Konsortium juga memohon bantuan daripada penyelam daripada pasukan bomba bagi memotong pukat yang tersangkut pada propellor feri,” katanya.

Beliau dalam masa sama, memohon nelayan supaya tidak memasang pukat di laluan feri kerana ia amat membahayakan keselamatan penumpang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya