2,563 graduan USIM bakal terima ijazah dalam majlis konvokesyen secara fizikal - Utusan Malaysia

2,563 graduan USIM bakal terima ijazah dalam majlis konvokesyen secara fizikal

KAMPUS USIM di Nilai, Negeri Sembilan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 2,563 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen USIM ke-19 yang akan diadakan di Dewan Tuanku Canselor, USIM bermula 23 hingga 30 November depan.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, majlis konvokesyen tersebut akan diadakan sebanyak lapan sidang secara fizikal dengan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Seramai 2,653 graduan yang terdiri daripada 2,188 graduan program peringkat sarjana muda dan 375 orang graduan di peringkat pascasiswazah akan terlibat dalam Majlis Konvokesyen ke-19 yang diadakan secara fizikal. 

“Pada tahun ini merupakan majlis yang pertama secara fizikal selepas tempoh pandemik Covid-19 yang melanda negara tahun lalu. Mengikut suasana terkini, pihak universiti membenarkan majlis ini diadakan secara fizikal, namun, diubahsuai dengan mengadakan satu sidang setiap hari selama lapan hari berturut-turut bagi mengehadkan dua orang tetamu bagi seorang graduan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Pra Majlis Konvokesyen ke-19, USIM di Nilai hari ini. 

Dalam pada itu, menurut Mohamed Ridza, pihaknya juga telah mengadakan simulasi bagi mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19 ketika berlangsungnya majlis konvokesyen berkenaan. 

“Pihak universiti telah mengadakan perbincangan panjang lebar sebagai persediaan termasuk mengadakan simulasi lebih awal. Kami akan memantau pergerakan melalui pintu utama dan hanya membenarkan mereka yang lengkap divaksinasi untuk memasuki dewan,” katanya.

Sementara itu, menurut beliau, cabaran yang dihadapi oleh graduan dalam tempoh pandemik Covid-19 amat mencabar sekali gus diharap dapat membantu mereka menempatkan diri dalam pasaran kerja. 

“Dalam keadaan yang mencabar ini, saya percaya graduan yang melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian ini agak bimbang dengan peluang pekerjaan selepas mereka tamat pengajian. 

“Bagaimanapun, pihak universiti sentiasa bekerjasama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu mereka (graduan) termasuk daripada segi kesihatan mental dan kaunseling,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya