Tiga kanak-kanak dikebumikan dalam satu liang lahad - Utusan Malaysia

Tiga kanak-kanak dikebumikan dalam satu liang lahad

CHE Mohd. Humaizi Che Jemani (kanan) menurunkan jenazah anaknya, Nurul Hasha Humaira untuk dikebumikan dalam satu liang lahad bersama dua anak saudaranya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Losong Panglima Perang di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jenazah tiga kanak-kanak yang lemas di muara sungai di Kampung Mangkuk, Setiu semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Losong Panglima Perang di sini kira-kira pukul 7 malam ini.

 

Jenazah Muhammad Aryan Faheem Saiful Tarmizi, 7, dan kakaknya, Nur Amni Insyirah, 9, di samping sepupu mereka, Nurul Hasha Humaira Che Mohd. Humaizi, 11, dikebumikan dalam satu liang lahad.

 

Terdahulu, jenazah tiga bersaudara itu disembahyangkan di kediaman nenek mereka di Kampung Losong di sini selepas tiba dari Hospital Setiu pada pukul 5.30 petang. 

 

Dalam tragedi pada pukul 5.30 petang semalam, ketiga-tiga mangsa dilaporkan lemas ketika leka mencari kepah di kawasan muara sungai berkenaan. 

 

Mayat ketiga-tiganya ditemukan secara berasingan oleh pasukan penyelamat antara pukul 12.58 tengah malam hingga 8.15 pagi ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN