Terengganu catat 42 kes varian Delta, Beta - Utusan Malaysia

Terengganu catat 42 kes varian Delta, Beta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 42 kes varian membimbangkan (VOC) dikesan di negeri ini sejak akhir Jun lalu hingga kini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, 33 kes melibatkan varian Delta manakala sembilan lagi adalah Beta.

Menurut beliau, kes VOC tertinggi direkodkan di daerah Kemaman iaitu 10 kes diikuti Kuala Terengganu (sembilan kes), masing-masing enam kes di Dungun dan Besut, Hulu Terengganu (empat kes), Marang (tiga kes), Setiu (dua kes) dan Kuala Nerus (dua kes).

“Kes Covid-19 di Terengganu masih lagi tinggi malah keberadaan kes VOC Beta dan Delta ada di semua daerah.

“Jadi, saya minta masyarakat sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) walau di mana sahaja berada dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal di samping memastikan ahli keluarga yang layak sudah melengkapkan dua dos vaksinasi,” katanya dalam hantaran di laman Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN