WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menegaskan, mana-mana anggotanya yang enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 akan disingkirkan daripada pasukan.
Kesemua anggota tentera laut negara ini perlu mendapatkan suntikan vaksin menjelang 28 November ini.
Menerusi kenyataan, vaksin Covid-19 ketika ini menjadi mandatori buat semua anggota tentera.
“Tentera Laut AS bersedia menyingkirkan mana-mana anggota yang masih berdegil untuk dapatkan vaksin,” jelas kenyataan itu.
Berdasarkan rekod, 98 peratus daripada 350,000 anggota tentera laut yang aktif sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. – AFP