Taiwan sesekali tidak akan tunduk kepada China - Utusan Malaysia

Taiwan sesekali tidak akan tunduk kepada China

PRESIDEN Tsai Ing-wen melambai ke arah orang ramai ketika sambutan Hari Kebangsaan Taiwan di hadapan Istana Presiden di Taipei, Taiwan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen menegaskan negara ini tidak sama sekali akan tunduk terhadap tekanan dari China.  

Malah, pemimpin itu berkata, Taiwan akan terus meningkatkan pertahanannya bagi memastikan tiada mana-mana pihak memaksa wilayah tersebut menerima pilihan ditetapkan China yang tidak menawarkan kebebasan mahupun demokrasi.

Berucap sempena sambutan Hari kebangsaan Taiwan, Ing-wen berkata, beliau berharap dapat meredakan ketegangan di Selat Taiwan.

Beliau turut menegaskan wilayah separa autonomi itu tidak akan bertindak ‘terburu-buru’.

“Kami akan terus meningkatkan pertahanan negara dan mempertahankan diri agar tiada pihak yang memaksa Taiwan untuk melalui jalan yang ditetapkan China.

“Ini kerana jalan berkenaan tidak menawarkan cara hidup bebas dan demokrasi serta kedaulatan bagi 23 juta rakyat Taiwan,” katanya.      

Taiwan berdepan tekanan ketenteraan dan politik untuk menerima pemerintahan China.

Malah, ketegangan itu semakin meningkat apabila pencerobohan pesawat perang China ke ruang udara Taiwan beberapa kali, yang menjadi perhatian antarabangsa.

 Sabtu lalu, Presiden China, Xi Jinping berjanji untuk merealisasikan `penyatuan semula secara damai’ dengan Taiwan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya