MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan mengakui tidak yakin berentap sebagai calon Bebas di kerusi disandangnya, andai Pakatan Harapan (PH) tidak mencalonkannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nor Azman menjelaskan, beliau bersedia mencari tiket parti lain, namun masih menaruh keyakinan blok pembangkang itu tidak akan menolaknya. Jelasnya, ini kerana kenyataan Majlis Presiden PH secara jelas menyatakan, hanya seorang sahaja ADUN yang ditolak iaitu Datuk Norhizam Hassan Baktee. “Menjadi calon Bebas sangat sukar untuk menang. Saya akan cari tiket lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya