SPRM ambil maklumat, dokumen dakwaan royalti pasir dari Idris - Utusan Malaysia

SPRM ambil maklumat, dokumen dakwaan royalti pasir dari Idris

MOHD. SHAHRIL Che Saad ditemui pemberita selepas Solat Jumaat Sempena Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke 54 bertemakan ‘Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi’ di Masjid Al Azim, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah berjumpa dan mengambil maklumat serta beberapa dokumen membabitkan isu royalti pasir dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, semalam.

 

Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad berkata, pengumpulan maklumat secara lisan dan dokumen itu dilakukan selama dua jam bermula kira-kira pukul 3 petang oleh tiga pegawai SPRM di sekitar negeri ini. 

 

Jelasnya, kesemua maklumat tersebut bagaimanapun diserahkan kepada pihak ibu pejabat SPRM untuk dianalisis dan diperincikan sebelum tindakan atau siasatan lanjut dilakukan. 

 

“Saya mengesahkan, SPRM telah berjumpa dengan beliau (Idris Haron) dan telah mengambil beberapa maklumat secara lisan dan beberapa dokumen yang ditunjukkan. 

 

“Maklumat itu telah dihantar kepada pihak pengurusan tertinggi di ibu pejabat untuk dianalisa dan diperincikan. Kami di sini hanya membantu susulan kejadian berlaku di negeri ini,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Solat Jumaat Sempena Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke 54 bertemakan ‘Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi’ di Masjid Al Azim di sini sebentar tadi.

 

Mengulas lanjut mengenai perjumpaan individu lain dalam kes tersebut, beliau berkata, perkara itu juga akan diputuskan oleh pengurusan di pusat. 

 

“Kompleksiti maklumat ini agak tinggi, jadi semua tindakan lanjut akan ditentukan oleh ibu pejabat. 

 

“Setakat ini, tindakan SPRM semalam juga lebih kepada berjumpa dengan beliau untuk mengambil maklumat, bukan keterangan. Kalau keterangan, ini bermakna kita menyiasat dia,” katanya. 

 

Semalam, SPRM mengeluarkan kenyataan memandang serius dakwaan Idris berhubung isu pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

 

Idris dalam satu temubual pada Selasa lalu mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh pemimpin UMNO.

 

Atas sebab tersebut, beliau menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka dengan tujuan menyelamatkan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya