SMK Lepar Hilir terap budaya kitar semula - Utusan Malaysia

SMK Lepar Hilir terap budaya kitar semula

ASMAIANI Nan (kiri) menunjukkan tong kitar semula yang dihantar Alam Flora di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Hilir di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Hilir di sini bekerjasama dengan syarikat pengurusan sisa pepejal Alam Flora Sdn. Bhd. bagi melaksanakan program kitar semula di sekolah itu. 

Program tersebut bertujuan mendidik setiap pelajar SMK Lepar Hilir dengan menerapkan kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekolah. 

Pengetuanya, Asmaiani Nan berkata, kerjasama dengan Alam Flora dibuat kerana tiada agensi yang mengutip sampah di sekolah itu. 

“Sebelum ini, kita hadapi masalah dalam soal pengurusan sampah kerana kita di sekolah ini tiada lokasi untuk pelupusan sampah. 

“Jadi, bermula Ogos lalu, pihak Alam Flora telah menghantar tong kitar semula ke sekolah ini dan pihak berkenaan juga datang mengambil sampah pada sampai masa ditetapkan,” katanya di sini hari ini. 

Asmaiani berkata, kesedaran tentang pengasingan sisa pepejal dan amalan kitar semula adalah penentu kepada tahap kualiti kebersihan di sekolah. 

Menurutnya, apabila pelajar melaksanakan kitar semula, ia diharapkan dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan dan diamalkan di mana sahaja mereka berada termasuk ketika di rumah. 

Beliau berkata, selain bahan buangan seperti tin, kaca, kertas dan plastik, pihak Alam Flora turut menyumbang tong untuk kitar semula minyak masak. 

“Tong kitar semula minyak masak ini membolehkan pihak kantin sekolah membuang minyak masak yang tidak lagi mereka gunakan,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya