Sinergi Air Selangor, LUAS lindungi sumber air - Utusan Malaysia

Sinergi Air Selangor, LUAS lindungi sumber air

USAHA perlindungan sumber air mentah daripada pencemaran dilakukan menubuhkan Pasukan Khas Lembangan Dan Alur Air (PAKAR) bagi menyokong inisiatif LUAS. - Gambar Air Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menubuhkan Pasukan Khas Lembangan dan Alur Air (Pakar) bagi menyokong usaha memelihara sumber air daripada pencemaran yang dilakukan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

 

Menurut Pengarah merangkap Ketua Operasi Air Selangor, Abas Abdullah, Pakar akan membantu LUAS dari segi memantau kualiti air sungai secara berjadual.

 

“Jika Pakar menemui punca pencemaran, keutamaan kami adalah untuk memastikan pencemaran tidak sampai ke muka sauk loji rawatan air.

 

“Kita akan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan seperti LUAS, Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membantu proses mengawal pencemaran serta menjalankan penyiasatan bersama jika diperlukan,”katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam segmen ‘You Ask We Answer di Facebook Air Selangor.

 

Dalam segmen tersebut, pakar-pakar subjek dari Air Selangor akan menjawab soalan yang dikemukakan pengguna terutama berhubung isu gangguan air tidak berjadual akibat pencemaran sumber air.

 

Abas berkata, pihaknya menubuhkan Pakar bagi memastikan usaha kerajaan negeri mewujudkan Skim Jaminan Air Mentah (Sejam) dapat dijayakan.

 

Menerusi Sejam, langkah-langkah tertentu telah dirangka oleh pihak berkuasa agar rakyat negeri dapat menikmati bekalan air yang berterusan sekiranya kecemasan melanda antaranya akibat kes pencemaran.

 

Sementara itu, Air Selangor turut berkongsi maklumat sebagai persediaan sekiranya berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan mereka.

 

Ketua Bahagian Pengalaman Pelanggan, Abdul Halem Mat Som berkata, dalam situasi gangguan bekalan air di kawasan tidak begitu besar orang ramai boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300.

 

“Selain talian tersebut pengguna boleh menghubungi Air Selangor melalui Help Centre yang boleh menerusi aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

 

“Bagaimanapun, dalam situasi seperti ini, menjadi tanggungjawab Air Selangor menyediakan air tangki secara optimum bagi membantu pengguna di kawasan terjejas tanpa menunggu permohonan bantuan bekalan air melalui lori tangki,”katanya.

 

Terdahulu, Air Selangor mengumumkan sebanyak 998 kawasan di Lembah Klang khasnya di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 pagi pada 13 hingga 16 Oktober ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman berkata, ia susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal pada tempoh itu yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya