KUALA LUMPUR: Tidak adil untuk tidak melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dengan mengisytiharkan darurat setempat di negeri itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kejatuhan pentadbiran kerajaan negeri Melaka adalah akibat tindakan ahli politik yang berebut kuasa. Justeru, katanya, mandat kerajaan negeri mesti dikembalikan kepada rakyat melalui pilihan raya dengan kadar segera dan pengisytiharan darurat tidak akan menyelesaikan kemelut politik dalam jangka masa panjang. Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti tampil dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dengan menghalang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya