Segerakan projek loji rawatan, bekalan air di KRC - Mahdzir - Utusan Malaysia

Segerakan projek loji rawatan, bekalan air di KRC – Mahdzir

MAHDZIR Khalid (tengah) diberi taklimat mengenai kemajuan pembangunan projek KRC di Kuala Nerang, Padang Terap hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kerajaan negeri Kedah digesa menyegerakan projek pembinaan loji rawatan dan bekalan air di tapak projek Kedah Rubber City (KRC) di sini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pembinaan loji rawatan dan bekalan air itu penting untuk membolehkan syarikat yang melabur di kawasan itu dapat beroperasi sepenuhnya secepat mungkin.

Menurutnya, ketika ini, KRC telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM2 bilion daripada dua buah syarikat hiliran produk berasaskan getah.

“Saya berharap kerajaan negeri dapat mempercepatkan proses membina loji rawatan air kerana saya takut nanti syarikat nak masuk, tapi, loji rawatan air belum siap. Jadi kalau air tak ada, dalam industri getah ni, perlukan bekalan air yang banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bas Baharu Mara Liner di Bengkel Mara Liner Kuala Nerang di sini hari ini.

Beliau yang sebelum itu juga sempat meninjau tapak pembinaan KRC itu di sini.

KRC yang berkeluasan hampir 505.86 hektar, merupakan salah satu projek nasional di bawah Pelan Pembangunan Strategik 2021-2025 (SDP) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Projek tersebut yang dijangka menarik pelaburan bernilai RM10 bilion berpotensi mewujudkan sebanyak 14,500 peluang pekerjaan membabitkan pelbagai peringkat kepakaran.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, beliau juga menggesa kerajaan negeri untuk menyegerakan proses pengambilan tanah bagi membolehkan projek itu dapat dilaksanakan dengan lancar.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, selain bekalan air, projek pembangunan KRC itu juga memerlukan bekalan elektrik yang lebih tinggi.

“Untuk Padang Terap, tidak cukup bekalan elektrik sebab sekarang yang digunakan untuk seluruh Padang Terap sebanyak 33 kilovolt (KV) dan kita selepas ini perlukan 132 KV.

“Bekalan elektrik 132 KV ini diambil daripada Tanjung Pauh, Jitra, lebih kurang 41 kilometer,” ujarnya.

Tambahnya, kerja-kerja tapak projek tersebut sedang giat dijalankan oleh NCER..

“Setakat ini, projek itu sedang dalam Fasa 1 dengan lebih 24 hektar tanah sudah siap disediakan infrastruktur dan platform pembangunan fizikal,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya