PTBKL berjaya halang banjir besar melanda ibu negara - Utusan Malaysia

PTBKL berjaya halang banjir besar melanda ibu negara

ZAINI Ujang (kiri sekali) meninjau kemudahan PTBKL di Lencongan Sungai Bunus di Kuala Lumpur yang dilaksanakan JPS. – Foto ihsan Kementerian Alam Sekitar dan Air
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Empat Projek Tebatan Banjir Kuala Lumpur (PTBKL) dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berjaya menghalang ibu kota daripada dilanda banjir besar.

Menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar dan Air, ia merangkumi Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) yang telah dibuka kepada awam sejak 2007.

“Begitu juga projek Lencongan Sungai Gombak, Sungai Keroh dan Sungai Bunus dengan konsep yang digunakan pihak JPS ialah kerja pengawalan air banjir terus di sumber,” katanya hari ini.

Pendekatan ini membolehkan limpahan air hujan dilencongkan dan ditakungkan dalam kolam takungan banjir sebelum dilepaskan semula secara perlahan selepas paras sungai itu turun.

PTBKL ujar kementerian, terbukti telah berjaya menebat banjir besar di Kuala Lumpur susulan hujan lebat sekitar Lembah Klang sepanjang 26 September, 20 Oktober dan 23 Oktober lalu.

Sebagai perbandingan jelasnya lagi, beberapa insiden banjir kilat sebaliknya dilaporkan media tempatan telah berlaku ketara di banyak kawasan rendah di Selangor pada tempoh sama.

Bagaimanapun, katanya, hujan lebat di lembangan kecil Sungai Bunus dan komponen terakhir PTBKL di sungai tersebut berjaya menebat banjir pada Sabtu lepas melibatkan kawasan Jalan Tun Razak di hadapan Institut Jantung Negara, Perpustakaan Negara, Kampong Bharu, Jalan Semarak dan Jalan Sultan Yahya Petra.

Pada hari berkenaan, hujan turun dengan kadar 60 millimeter sejam yang secara kebiasaan boleh mengakibatkan banjir di ibu negara sebelum PTBKL diwujudkan beberapa tahun lalu dan terbukti berkesan apabila Terowong SMART dan dua lagi kolam takungan PTBKL berjaya menampung 10.8 juta kubik meter air hujan atau bersamaan 4,320 kolam renang saiz Olimpik.

Malah, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang serta pegawai kementerian turut meninjau sendiri kemudahan PTBKL di Lencongan Sungai Bunus di ibu kota semalam dan diberikan taklimat Timbalan Pengarah JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ratna Rajah Sivapiragasam mengenai keberkesanan projek itu daripada bencana banjir.

Untuk rekod, Lencongan Sungai Gombak sejauh 3.4 kilometer menuju ke Kolam Takungan Batu, manakala Lencongan Sungai Keroh sejauh 2.2 kilometer ke Kolam Takungan Jinjang. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya