PETALING JAYA: Pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru dijangka berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa kelmarin. Meskipun Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebelum ini disokong oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan seorang wakil rakyat Bebas, tidak bermakna UMNO dan Bersatu boleh bekerjasama ketika PRN apatah lagi berunding dalam pengagihan kerusi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata, pendirian kepemimpinan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya