Plaza Tol Kuala Terengganu masih lengang - Utusan Malaysia

Plaza Tol Kuala Terengganu masih lengang

KEADAAN trafik di susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu masih lengang di Kampung Gemuruh, Kuala Nerus hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Suasana di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh di sini masih lagi lengang pada hari pertama kebenaran rentas negeri.

Tinjauan Utusan Malaysia kira-kira pukul 11 pagi ini mendapati bilangan kenderaan tidak mencatatkan pertambahan di susur keluar terakhir lebuh raya itu.

Situasi itu berkemungkinan kerana kebanyakan anak perantau masih lagi bekerja dan dijangka kembali ke kampung halaman selewat-lewatnya pada hujung minggu ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ismail Man berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan dan rondaan di setiap laluan di lapan daerah di Terengganu bagi melancarkan keadaan trafik.

Katanya, jumlah kenderaan yang memasuki negeri ini dijangka meningkat lebih dua kali ganda bermula pada hujung minggu berbanding purata 15,000 buah dalam sehari.

“Hasil tinjauan pada hari pertama rentas negeri, aliran trafik masih lagi lancar dan tiada pertambahan sama ada di jalan negeri atau LPT2.

“Bagaimanapun, kita menjangkakan kesesakan di beberapa daerah seperti Kuala Terengganu, Besut dan Setiu yang menjadi pilihan pengguna ke Kelantan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Pengurus Perniagaan Wilayah LPT2, Suhaimi Samat berkata, jumlah kenderaan di lebuh raya itu dijangka meningkat antara 38,000 hingga 45,000 buah setiap hari susulan aktiviti rentas negeri. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya