Peranti perubatan tidak berdaftar dirampas - Utusan Malaysia

Peranti perubatan tidak berdaftar dirampas

PELBAGAI peranti perubatan tidak berdaftar dirampas dalam satu serbuan di sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor. - FOTO KKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelbagai peranti perubatan yang tidak berdaftar melibatkan nilai lebih RM1 juta dirampas dalam satu serbuan di sebuah syarikat di Shah Alam, dekat sini semalam. 

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan (KKM), Ahmad Shariff Hambali berkata, serbuan dijalankan 18 pegawai penguatkuasa MDA ke atas satu syarikat yang menjual peranti perubatan yang tidak berdaftar. 

Katanya, serbuan dijalankan hasil daripada risikan terperinci dan aduan orang awam ke atas sebuah syarikat terbabit sekali gus membawa kepada rampasan pelbagai produk melebihi RM 1 juta. 

“Antara peranti-peranti yang telah dirampas adalah seperti pelitup muka perubatan, oximeter dan kit ujian kendiri Covid-19.

“Modus operandi mereka adalah menjual peranti tersebut melalui platform dalam talian atau e-dagang dan membekal peranti tersebut kepada syarikat-syarikat pengedar yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. 

Beliau berkata, syarikat tersebut didapati melanggar seksyen 5 (1), Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737), iaitu meletakkan peranti perubatan yang tidak berdaftar di bawah Akta 737 dalam pasaran. 

Katanya, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 5 (2), Akta 737 iaitu denda tidak melebihi RM 200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan tersebut.

“Orang awam digalakkan untuk menyemak status pendaftaran sesuatu peranti melalui laman sesawang mdar.mda.gov.my.

“Sebarang aduan berkaitan produk tidak berdaftar boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Maklumbalas MDA (MDAFEMES), femes.mda.gov.my agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan peranti perubatan yang tidak berdaftar di pasaran,” katanya.  -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya