Peniaga tamu kurangkan jualan elak kerugian - Utusan Malaysia

Peniaga tamu kurangkan jualan elak kerugian

TINI Sabit yang berniaga sayur-sayuran di Pasar Tamu di Papar yang mula dibenarkan beroperasi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: ‘Jualan tidak lagi sebanyak dahulu tapi cukup untuk menampung kehidupan harian’.

Itu luahan peniaga pasar tamu yang dibenarkan beroperasi bermula pada minggu ini.

Pembukaan semula pasar tamu mingguan ini membolehkan peniaga kecil-kecilan menarik nafas lega kerana boleh menjana semula pendapatan.

Tini Sabit, 40, yang berniaga sayur-sayuran di Pasar Tamu di Papar rasa bersyukur kerana mereka dibenarkan beroperasi semula.

Namun, sayur-sayuran yang dijual terpaksa dikurangkan separuh kerana pelanggan tidak seramai dahulu.

“Sebelum ini, sayuran seperti kubis boleh habis sehingga tiga karung tetapi sejak semalam dan hari ini, satu karung pun masih belum habis terjual.

“Walau bagaimanapun, saya masih bersyukur kerana dengan pembukaan semula tamu, kami memperoleh pendapatan semula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semasa pasar tamu ditutup, mereka hanya berniaga dengan membuka bonet kenderaan sahaja jadi, pendapatan tidak begitu baik.

Sementara itu, Dg. Itam Yusof, 70, berkata, biarpun bilangan pelanggan tidak ramai seperti dahulu tapi dia bersyukur kerana boleh berniaga di tapak tamu semula.

Setelah lebih empat bulan pasar tamu ditutup, mereka kini boleh kembali berniaga dan memperoleh pendapatan.

“Memandangkan ini minggu pertama, saya tidak membuat banyak kuih-kuih kering. Misalnya kuih cincin, biasanya saya bawa lima kotak yang mengandungi 250 bungkus kuih cincin.

“Hari ini, dua kotak pun susah mahu habis dijual,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya