Peniaga ayam gunting berdepan hukuman gantung - Utusan Malaysia

Peniaga ayam gunting berdepan hukuman gantung

NURZAIHAN Ismail (depan, dua dari kiri) dan Amiruddin Yaakub (tiga dari kiri) yang dituduh mengedar dadah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini. - UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua sahabat berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 54.7 kilogram (kg) bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu Amiruddin Yaakub, 31, dan Nurzaihan Ismail, 41, sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Masjistret Nurul Ainna Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar methamphetamine seberat 5,4720.5 gram di hadapan sebuah rumah di Persiaran Amanjaya, Bandar Amanjaya di sini kira-kira pukul 8.10 pagi, 27 September lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Superintendan Mohd. Fakhruzi Ismail.

Tertuduh, Amiruddin yang berniaga ayam gunting tidak diwakili peguam manakala Nurzaihan yang tidak bekerja diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Disember depan untuk serahan laporan kimia. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya