Pemandu kereta langgar penghantar makanan serah diri - Utusan Malaysia

Pemandu kereta langgar penghantar makanan serah diri

KEJADIAN seorang penghantar makanan dilanggar sebuah kereta di Jalan Ampang-Tambun, Ipoh semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemandu kereta yang dipercayai melanggar lari penghantar makanan di Jalan Ampang-Tambun di sini semalam, telah tampil menyerah diri.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 48 tahun itu membuat laporan polis berkaitan kemalangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

“Kejadian pada pukul 9 pagi di hadapan Balai Polis Tambun itu berlaku apabila pemandu kereta tersebut mengubah haluan dari kanan ke kiri jalan sebelum menghimpit dan melanggar motosikal yang ditunggang mangsa.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa berusia 34 tahun jatuh di atas jalan manakala pemandu kereta pula terus melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut dan siku.

Katanya, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa memandu lebih-lebih lagi ketika peningkatan kenderaan di atas jalan berikutan kelonggaran perjalanan oleh orang ramai,” katanya.

Video tular berdurasi 52 saat itu memaparkan seorang penghantar makanan terjatuh di atas jalan setelah dihimpit sebuah kereta sebelum kenderaan itu dilihat beredar dari lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya