Pelakon lelaki ditahan positif ganja - Utusan Malaysia

Pelakon lelaki ditahan positif ganja

MIOR FARIDALATHRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pelakon lelaki ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, semalam.

Pelakon berusia 29 tahun itu ditahan bersama pengarah dan penolong pengarah berusia 49 dan 47 tahun ketika serbuan pada pukul 7.15 pagi.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka diberkas dalam bilik berasingan di rumah berkenaan.

Ujian saringan awal air kencing mendapati pelakon dan pengarah positif dadah jenis THC manakala penolong pengarah pula positif amphetamine dan methamphetamine.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN