Pegawai sumber manusia maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pegawai sumber manusia maut kemalangan

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kulim - Baling berhampiran Ladang Bukit Selarong, Kulim semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang pegawai sumber manusia sebuah syarikat maut selepas kereta  yang di pandunya  terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Kulim – Baling berhampiran Ladang Bukit Selarong di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, mangsa, Muhamad Syafiq Sariff, 33, dari Taman Damai, Parit Buntar, Perak maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua buah kereta dan sebuah bas kilang.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Bezza datang dari arah Padang Meha menghala Kulim Hi Tech di sini.

“Sementara sebuah bas kilang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun datang dari arah Kulim Hi-Tech,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sazalee berkata,  kemalangan itu berlaku apabila bas kilang terbabit dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu mangsa.

Menurutnya lagi, selepas pelanggaran itu, sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita  berusia 24 tahun  dari arah Padang Meha di sini tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta mangsa.

Jelasnya, akibat daripada pertembungan dengan kereta Axia itu kereta mangsa berpusing sebelum melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

Ujarnya, kereta mangsa remuk teruk di bahagian hadapan menyebabkan mangsa tersepit di bahagian kerusi pandu.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu bas dan kereta Axia terbabit pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Kulim- Hi Tech telah dipanggil ke lokasi kemalangan untuk bantuan mengeluarkan mangsa yang tersepit  dalam kendaraan itu,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa  kemudian dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya