Pancing udang galah kembali rancak - Utusan Malaysia

Pancing udang galah kembali rancak

KUMPULAN pemancing yang menyewa bot untuk memancing udang galah di Sungai Perak di Teluk Intan semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Pengusaha bot memancing di sini lega apabila perniagaan mereka kembali rancak setelah kerajaan membenarkan rentas negeri.

Malah pengusaha bot sudah banyak tempahan untuk memancing yang diterima terutama dari Kuala Lumpur dan negeri- negeri di utara tanah air.

Pengusaha bot memancing berdekatan Jambatan Sultan Yusof di sini, Musa Harun, 66, berkata, kebenaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan baru-baru ini memberi peluang kepadanya untuk mengatur semula perniagaannya yang terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan Covid-19.

Katanya, disebabkan PKP, permintaan untuk bot sewa terjejas, menyebabkan bot tersadai.

“Rentas negeri membolehkan kaki pancing datang ke sini untuk memancing udang galah.

“Secara tidak langsung ini membolehkan saya meraih pendatang sebagai modal untuk saya membaik pulih bot-bot yang lama tersadai.

“Saya mempunyai 35 buah bot, banyak yang perlu dibersihkan, enjinnya perlu diselenggara, dicat supaya tidak menimbulkan masalah kepada pemancing yang menyewa bot,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, walaupun kebenaran rentas negeri baru sahaja diumumkan, dia telah menerima banyak tempahan sewaan bot dari Kuala Lumpur, Klang , Pulau pinang dan Kedah.

“Setakat ini semua bot telah ditempah. Selain bot untuk memancing, kami juga menyediakan untuk pelancong melihat pemandangan di Sungai Perak.

“Kebetulan ketika ini adalah musim udang galah dan saya jangka tempahan untuk bot sewa akan terus meningkat,” katanya.

Sementara itu, seorang kaki pancing dari Sungkai, Rosli Hashim, 46, berkata, dia memilih memancing di sini yang terkenal sebagai lubuk udang galah.

“Sudah setahun lebih tidak dapat turun memancing di sini. Kami rindukan udang galah Sungai Perak, hari ini kami awal-awal pagi turun memancing,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya