Nasi dagang untuk anak, cucu bakal pulang - Utusan Malaysia

Nasi dagang untuk anak, cucu bakal pulang

WAN Omar Wan Ahmad membersihkan halaman rumah bagi menunggu kepulangan anak dan cucu di Kampung Sekati di Kuala Terengganu, semalam. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasangan suami isteri warga emas dari Kampung Pulau Sekati di sini tidak menang tangan membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak dan cucunya apabila aktiviti rentas negeri dibenarkan tidak lama lagi.

Wan Omar Wan Ahmad, 82, berkata, dia dan isterinya, Zainab Mamat, 73, begitu teruja mahu berjumpa dengan insan tersayang selepas lebih dua tahun ‘terpisah’ akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, antara persiapan yang dilakukan termasuk membeli barangan bagi penyediaan nasi dagang yang merupakan kegemaran mereka sekeluarga.

“Kali terakhir kami anak-beranak berkumpul pada 2018. Perasaan untuk berjumpa semula ini seolah-olah macam mahu menyambut raya dan kami tidak sabar masak bersama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Wan Omar berkata, kesemua anaknya di samping sebahagian besar cucu sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 sekali gus memberi lebih keyakinan untuk berkumpul secara beramai-ramai.

“Selama ini saya dan isteri hanya melepaskan rindu pada anak-anak melalui panggilan video. Walaupun akhirnya mereka dapat pulang tetapi kami tetap mengambil langkah waspada dengan meminta kesemuanya melakukan ujian saringan Covid-19 sebelum balik ke kampung,” katanya.

Wan Omar berkata, beberapa orang anaknya menetap di Maran, Bera dan Muadzam Shah di Pahang selain di Kuala Lumpur. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya