Minggu Perkasa Putra 2021/2022 secara dalam talian - Utusan Malaysia

Minggu Perkasa Putra 2021/2022 secara dalam talian

SEBAHAGIAN pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) melafazkan ikrar secara dalam talian sempena Minggu Perkasa Putra Sesi 2021/2022, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) melaksanakan sesi suai kenal pelajar baharu atau dikenali sebagai Minggu Perkasa Putra Sesi 2021/2022 semalam secara dalam talian dengan ucapan dan amanat oleh Naib Canselornya, Profesor. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman.

Mohd. Roslan berharap warga UPM tidak mengeluh tentang keadaan pandemik yang sedang dihadapi, sebaliknya bersama-sama bangkit serta berganding bahu dengan memberi idea dan saranan sebagai manifestasi kecaknaan untuk mencemerlangkan universiti selaras gagasan Menggema Seruan Al Falah dari Menara Ilmu yang diperkenalkan beliau pada awal tahun ini melalui Naratif Naib Canselor UPM.

“Saya yakin dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh warga UPM, keadaan pandemik akan berjaya diharungi dengan baik serta percaya cabaran yang sedang dilalui kini adalah ujian untuk menilai keupayaan dan kemampuan sebenar universiti,” katanya.

Pelajar-pelajar baharu sesi 2021/2022 turut melafazkan ikrar sebagai pelajar baharu secara dalam talian diketuai oleh pelajar Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Muhammad Syazni Hanif Mohd. Rafi.

Program Minggu Perkasa Putra merupakan aktiviti tahunan  kelolaan entiti-entiti di bawah naungan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA) UPM bagi meraikan pelajar-pelajar baharu.

Pelbagai program dan pengisian yang dijalankan bermula 11 hingga 15 Oktober ini.

Dalam majlis sama, simbolik penyerahan peranti dibuat melalui ucapan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, Muhammad Huzaifi  Ismut yang mewakili 200 pelajar.

Kesemua mereka menerima komputer riba hasil usaha dan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP); Pusat Perhubungan Alumni; Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen UPM; Pejabat Bursar serta penyumbang-penyumbang luar seperti PC-Soft Sdn. Bhd., Yayasan Tunku Abdul Rahman, TMJ Travel and Tours dan sumbangan alumni yang prihatin. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya