Mayat warga emas ditemukan terapung dalam kolam ikan - Utusan Malaysia

Mayat warga emas ditemukan terapung dalam kolam ikan

MAYAT mangsa diangkat anggota bomba lengkap berpakaian PPE selepas ditemukan terapung di sebuah kolam ikan di Kampung Sungai Buloh, Jelebu malam tadi.-FOTO/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan terapung di sebuah kolam ikan di Kampung Sungai Buloh dekat sini malam ini.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Simpang Pertang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairul Izzuan Othman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.55 malam dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Kami mendapat panggilan daripada pihak polis untuk mengangkat mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 71 tahun telah meninggal dunia di dalam kolam ikan berkenaan.

“Mayat Muhamad Asul Ahmad, 71, dari Kampung Sungai Buloh, Durian Tipus, Jelebu itu ditemukan dalam keadaan terapung di tebing kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, anggota bomba yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) telah mengangkat mayat mangsa yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya