Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 380 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 380 orang

ANGGOTA APM membantu menyelamat seorang warga emas dalam kejadian banjir di Baling, Kedah. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat apabila seramai 380 orang daripada 131 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini hari ini.

 

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, sebanyak 17 PPS dibuka di tiga daerah tersebut sejak Selasa lalu.

 

Kata beliau, daerah terbaharu terjejas ialah Kulim apabila seramai 27 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Pulas.

 

“PPS SK Merbau Pulas dibuka pada pukul 4 petang semalam selepas rumah mangsa dilanda banjir berikutan hujan lebat berpanjangan,” katanya di sini hari ini.

 

Menurut Saifuddin, Baling masih daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa ditempatkan di PPS meningkat seramai 325 orang hari ini berbanding 115 keluarga semalam.

 

“Keseluruhan 14 PPS telah dibuka di daerah Baling dengan sebuah PPS baru dibuka SK Jemerli pada pukul 8 malam semalam melibatkan dua orang mangsa,” ujarnya.

 

Katanya, tiada penambahan PPS di daerah Sik dan kekal hanya PPS SK Gulau dan SK Sik melibatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.

 

“Di daerah Padang Terap iaitu PPS SK Bukit Tampoi yang melibatkan 10 mangsa sebelum ini telah ditutup berikutan keadaan banjir sudah reda,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya