PUTRAJAYA: Hasrat hampir lima juta umat Islam dari seluruh negara untuk menunaikan ibadah umrah dijangka tidak kesampaian gara-gara suntikan vaksin Sinovac. Perkara itu antara kebimbangan disuarakan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) susulan pengumuman pemansuhan MyTravelPass bermula 18 Oktober ini. Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd. Sham ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, kerajaan Arab Saudi buat masa ini belum membenarkan kemasukan jemaah yang diimunisasi jenis vaksin tersebut. Sebaliknya jelas beliau, pihak berkuasa negara itu hanya memberi kelonggaran kepada bakal jemaah umrah yang menerima dos penggalak daripada tiga jenis vaksin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya