MAMUJU: Pasukan polis Sulawesi Selatan menahan seorang lelaki yang didakwa ‘mempunyai kepakaran mencuri tabungan masjid’ selepas beberapa kali berjaya lolos.
Jurucakap polis, Pandu Arief Setiawan berkata, suspek yang hanya dikenali sebagai FJR berusia 21 tahun dan dia ditangkap ketika mencuri tabungan di Masjid Nurul Muttahida, di sini.
“Hasil soal siasat, suspek mengakui dia sudah mencuri tabungan di 15 buah masjid di seluruh Mamuju dan tiga kali di Masjid Muttahida.
“Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah menyasarkan masjid di kawasan sunyi dan melakukannya pada waktu tengah malam sekitar pukul 1 hingga 3 pagi,” katanya.
Jelas Pandu, suspek juga mengakui hasil curiannya beoleh mencecah lapan hingga sembilan juta rupiah (RM2,347-RM2,641).
Katanya, suspek memberitahu, duit tabungan yang dicuri akan diberikan kepada isterinya untuk perbelanjaan rumah dan selebihnya belanja sendiri.
Sehubungan itu, suspek berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun jika disabit kesalahan.