GEORGETOWN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.5 laluan arah Perai dekat sini malam tadi. Lelaki berusia 25 tahun itu dikatakan meninggalkan sebuah motosikal di tepi jalan sebelum jatuh kira-kira pukul 11.20 malam. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya telah menggerakkan Bot Perkasa 1221 ke lokasi kejadian untuk melakukan pencarian sebaik sahaja menerima maklumat daripada Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi. Beliau berkata, sebuah motosikal telah ditemukan di atas jambatan dipercayai milik mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya