PUTRAJAYA: Lebih setengah juta bakal jemaah umrah dari negara ini diminta bersabar menunggu tempoh giliran sebelum dapat menunaikan ibadah tersebut di Tanah Suci. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, angka jemaah umrah itu bagaimanapun dijangka berkurangan susulan pelbagai syarat ketat dikenakan kerajaan Arab Saudi termasuk had umur 18 tahun sehingga 60 tahun. Menurutnya, pengumuman kerajaan membenarkan individu lengkap vaksin termasuk perjalanan ke luar negara yang turut meliputi ibadah umrah memberi kelegaan kepada operator umrah kerana mereka dapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya