Kerajaan masih tunggu maklum balas firma guaman di UK - Utusan Malaysia

Kerajaan masih tunggu maklum balas firma guaman di UK

Senjata
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan permohonan pihak pendakwaan untuk mendapatkan perintah penuh pembekuan harta melebihi AS$340 juta milik PetroSaudi International Ltd. (PSI) yang dikaitkan dengan dana yang diseleweng milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Prosiding itu ditangguhkan kerana pendakwaan masih belum menerima maklum balas daripada sebuah firma guaman di United Kingdom (UK), Clyde & Co. sama ada ia mahu membalas atau mengemukakan afidavit berhubung dokumen yang telah diserahkan.

Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lufti Mohamed memberitahu, pendakwaan telah menghubungi wakil Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA), Danial Murphy di UK yang memaklumkan dokumen tersebut telah diserahkan kepada firma guaman itu pada 1 Oktober lalu.

Ujar Budiman, wakil berkenaan turut menyampaikan maklumat kepada firma itu supaya mengesahkan sama ada ingin memberi maklum balas atau sebaliknya, namun masih belum menerima jawapan berhubung perkara tersebut.

Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon tempoh selama dua minggu untuk menunggu maklum balas daripada Clyde & Co.

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh kemudian menetapkan 22 Oktober ini untuk pengurusan ke bagi membolehkan firma guaman itu mengesahkan sama ada ia mahu mengemukakan afidavit atau sebaliknya.

Selain Clyde & Co, pendakwaan turut mengemukakan dokumen kepada dua lagi entiti asing yang dinamakan dalam permohonan tersebut iaitu PSI di Arab Saudi dan Temple Fiduciary Services Limited juga berpangkalan di London.

Peguam Alex Tan mewakili anak syarikat PSI iaitu PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Limited (PSOS-VZ) manakala Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden mewakili Tareq Obaid.

Pada 16 Julai tahun lalu, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membenarkan permohonan kerajaan bagi mendapatkan perintah interim untuk menyekat PSI, Obaid dan PSOS-VZ daripada memindahkan wang tersebut kepada entiti lain.

Dalam permohonan yang difailkan pada 10 Julai tahun lalu, kerajaan memohon perintah bagi menyekat sebarang urusan kewangan, berjumlah AS$340 juta milik PSI dan anak syarikatnya, PSOS-VZ yang dipegang oleh Clyde & Co.

Kerajaan berpendapat bahawa wang milik PSI dan PSOS- VZ Petrosaudi yang dipegang Clyde & Co LLP adalah hasil daripada aktiviti haram.

Kerajaan juga memohon sekatan sama bagi sejumlah wang yang tidak dinyatakan nilainya dan disimpan di Barclays Bank di bawah penama ‘Temple Fiduciary Services’.

Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) dan menamakan Obaid, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co. dan Temple Fiduciary, masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya