Kenderaan di Plaza Tol Gombak meningkat 108 peratus - Utusan Malaysia

Kenderaan di Plaza Tol Gombak meningkat 108 peratus

KEADAAN trafik lancar pada tengah hari ketika tinjauan di lebuh raya PLUS arah utara dekat Tapah hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik di Plaza Tol Gombak di sini mencatatkan peningkatan kenderaan sebanyak 108 peratus iaitu 57,719 berbanding 27,204 kenderaan pada Rabu, minggu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, mengikut data yang direkodkan setakat kelmarin, tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh raya Utara Selatan merekodkan 1,075,408 kenderaan, Lebuh raya KL-Karak (97,758) serta Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) (34,041).

Katanya, dalam tempoh sama, Plaza Tol Jalan Duta menunjukkan peningkatan 27 peratus iaitu 54,733 berbanding 43,138 kenderaan pada 6 Oktober lalu, manakala Plaza Tol Sungai Besi meningkat 30 peratus iaitu 35,881 berbanding 27,501 kenderaan.

“Plaza Tol Skudai meningkat 13 peratus iaitu 18,336 berbanding 16,213 kenderaan dan Plaza Tol Juru meningkat 27 peratus dengan 39,068 berbanding 30,668 kenderaan.

“Plaza Tol Bentong turut menunjukkan peningkatan 52 peratus dengan 40,039 berbanding 26,415 kenderaan, manakala Plaza Tol Karak merekod peningkatan 31 peratus iaitu 9,561 berbanding 7,278 kenderaan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Nadzri berkata, setakat ini, sebanyak 3.8 juta kenderaan di lebuh raya di seluruh negara kelmarin susulan kebenaran rentas negeri pada Isnin lalu.

Ujarnya, Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) dan syarikat pengendali lebuh raya sentiasa memantau status pergerakan trafik dan memastikan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di kemudahan disediakan sepanjang lebuh raya.

“JSPT juga bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya bagi tujuan itu.

“Tindakan advokasi dan penguatkuasaan akan dilaksanakan kepada masyarakat serta pengguna jalan raya,” kata beliau.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya