Kementerian Perpaduan Negara nafi iklan ratusan jawatan kosong Guru Tabika - Utusan Malaysia

Kementerian Perpaduan Negara nafi iklan ratusan jawatan kosong Guru Tabika

IKLAN palsu yang memaparkan wajah Halimah Mohamed Sadique.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara menafikan ada menyiarkan iklan menawarkan peluang bagi mengisi ratusan kekosongan jawatan Guru Tabika baru-baru ini.

Kementerian berkenaan menerusi kenyataan berkata, iklan itu dikesan tular di media sosial Facebook sejak Jumaat lalu.

Menurutnya, iklan yang disiarkan dalam hantaran media sosial itu bertajuk Semakan Dan Permohonan Online itu turut dikesan menggunakan logo Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

“Meskipun agensi Kemas bukan di bawah kementerian ini, gambar wajah dan nama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique turut dijadikan sebagai hiasan utama poster, bagi memberi nilai komersial kepada iklan itu.

“Iklan tersebut mencetuskan tanda tanya besar apabila mencatatkan syarat kelayakan mengisi kekosongan jawatan tersebut terlalu rendah iaitu sekadar lepasan Pendidikan Menengah Rendah (PMR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mengesahkan pernah mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi enam jawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29 pada 11 Oktober lalu.

Namun, jelasnya, kelulusan akademik sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah syarat kelayakan utama bagi pengambilan Guru Tabika Perpaduan, JPNIN.

Turut dimaklumkan dalam iklan sebenar adalah peluang mengisi jawatan Pembantu Operasi (Penolong Guru) Gred N11 yang menawarkan empat kekosongan.

Kementerian Perpaduan Negara menjelaskan, menerusi siaran iklan di Facebook Rakan Perpaduan Pahang itu, dengan jelas menyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah calon lepasan Diploma dalam bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari institusi pendidikan tinggi tempatan.

“Poster mengelirukan itu mencatat hampir 1,000 perkongsian di laman sosial,” katanya.-UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya