[PARLIMEN] : Kampung baru bakal diletak bawah Kementerian Perpaduan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] : Kampung baru bakal diletak bawah Kementerian Perpaduan

ISMAIL ABD. MUTTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk meletakkan segala isu mengenai kampung-kampung baru di bawah Kementerian Perpaduan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, hasrat itu adalah bagi memastikan isu kampung baru tidak hanya menumpukan kepada projek pembangunan semata-mata sebaliknya turut memberi fokus kepada isu perpaduan.

“Kita tengah berunding bagaimana mencari jalan yang lebih kemas supaya kampung baru ini ditempatkan di bawah kementerian tertentu bagi memastikan bukan sahaja projek pembangunan dapat dilaksanakan, tetapi, bagaimana kita boleh mengeratkan lagi, merapatkan lagi hubungan perpaduan antara masyarakat di negara kita.

“Sebab itu, saya difahamkan perbincangan telah dibuat dengan Kementerian Perpaduan yang mana secara positif, kita mungkin akan pindahkan kampung baru di bawah Kementerian Perpaduan, ini atas persetujuan dibuat kerajaan,” katanya dalam sesi jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berhubung pengurusan dan pembangunan kampung baru.

Ketika ditanya mengenai jumlah peruntukan kampung baru yang telah disalurkan pada tahun ini, Ismail berkata, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM84 juta bagi pembangunan kampung baru pada tahun 2021 untuk disalurkan kepada 613 penempatan kampung baru di seluruh negara.

Katanya, jumlah keseluruhan RM84 juta itu meliputi program pembangunan infrastruktur sebanyak RM69 juta, program bantuan baik pulih rumah sebanyak RM5 juta dan program Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru sebanyak RM10 juta.

“Sebanyak 216 projek pembangunan infrastruktur yang kecil di kampung-kampung baru sedang dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM19.87 juta setatkat 1 September 2021.

“Selain itu, sebanyak 399 buah rumah di seluruh negara sedang dibaik pulih dengan bajet sebanyak RM4.66 juta,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya