JPN Negeri Sembilan laksana Op Kutip ID - Utusan Malaysia

JPN Negeri Sembilan laksana Op Kutip ID

ANGGOTA Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Negeri Sembilan menjalankan Op Kutip ID di sekitar Port Dickson, semalam.-IHSAN JPN NEGERI SEMBILAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sembilan kini giat melaksanakan Op Kutip ID bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk sentiasa membawa bersama dokumen pengenalan diri mereka ke mana sahaja.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Negeri Sembilan, Mohd. Shaipon Shafee berkata, operasi berkenaan menyasarkan pelbagai lokasi di negeri ini dan pemeriksaan MyKad dilakukan terhadap peniaga atau penjaja kedai dan orang awam bagi memastikan mereka memiliki dokumen yang sah, tulen dan teratur.

“Kami juga ingin memberi peringatan atau kesedaran kepada orang awam supaya sentiasa membawa bersama dokumen pengenalan diri di mana sahaja mereka berada berdasarkan Akta Pendaftaran Negara 1979 (Akta 1978).

“Operasi ini juga adalah bagi mengesan tiada individu yang sewenang-wenangnya menggunakan MyKad palsu atas apa juga tujuan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Shaipon berkata, semalam, pihaknya telah membuat 227 semakan Mykad di sekitar premis perniagaan di Batu 4, Batu 6 dan PD Waterfront di sini bagi memastikan orang ramai membawa MyKad masing-masing.

“Operasi ini juga secara tidak langsung bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang imej penguatkuasaan di dalam JPN,” katanya.

Ujar beliau lagi, operasi berkenaan akan diteruskan di daerah lain bagi memastikan tiada pihak yang mengambil mudah mengenai keperluan memiliki dokumen yang sah, tulen dan teratur. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya