Isteri merungut bosan hadap pemandangan sama, suami bina rumah berpusing - Utusan Malaysia

Isteri merungut bosan hadap pemandangan sama, suami bina rumah berpusing

VOJIN Kusic membina rumah boleh berpusing untuk isterinya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELGRADE: Seorang lelaki berusia 72 tahun dilaporkan membina sebuah rumah unik yang boleh berpusing untuk isterinya.

Lapor Daily Star, Vokin Kusic berkata, dia membina rumah tersebut selepas berasa bosan dengan keluhan isterinya yang mahukan kediaman dengan pemandangan yang berbeza.  

Kusic yang merupakan inovator, membina rumah boleh berpusing agar isterinya dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit pada suatu masa dan seterusnya kawasan pejalan kaki.

“Saya sudah bosan dengan keluhannya serta pengubahsuaian rumah yang dilakukan secara kerap. Jadi, kali ini saya bina rumah ini agar dia boleh membuat apa sahaja yang diingininya,” katanya kepada Reuters

Rumah unik itu terletak di sebuah kawasan berhampiran bandar Srbac di utara Bosnia.

Rumah itu berpusing pada paksi sepanjang tujuh meter, dengan menampilkan pemandangan ladang jagung dan tanah pertanian serta hutan dan sungai.

“Rumah ini boleh berpusing 360 darjah selama  24 jam apabila ia bergerak perlahan. Malah, pada pusingan pantas ia mampu mencapai bulatan penuh dalam masa 22 saat,” ujarnya.

Menurut Kusic, dia mendapat inspirasi untuk membina rumah tersebut daripada pereka warga Serbia-Amerika, Nikola Tesla dan Mihajlo Pupin.

Jelasnya, projek itu mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya