Imej UiTM sebagai 'Sporting Campus' kekal - Utusan Malaysia

Imej UiTM sebagai ‘Sporting Campus’ kekal

ROZIAH Mohd. Janor (depan tengah) sedang melakukan senamrobik sempena Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat UiTM di Pusat Sukan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Program ‘Sporting Campus’ yang dijalankan oleh Pusat Sukan dalam menggalakkan penglibatan para pelajar dan warga kerja Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan terus dikekalkan dalam memastikan warga UiTM  kekal aktif bersukan.

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Dr. Roziah Mohd.Janor, penganjuran Sukan Antara Kolej, Sukan Antara Fakulti, Karnival Sukan Mahasiswa Antara Kampus dan Karnival Sukan Staf Antara Kampus tetap akan diadakan setelah negara mencapai imuniti kelompok.

“UiTM juga amat berbangga apabila berjaya melahirkan produknya yang berkualiti dengan menempa nama-nama hebat di seluruh pelosok dunia. 

“Ini termasuklah dalam arena sukan di dalam dan luar negara. Kehadiran lebih ramai atlet negara seperti Khairulnizam Mohd. Affendy dan Juni Karimah (sukan layar) yang kita anggap sebagai selebriti sukan di UiTM dapat membantu meningkatkan penglibatan warga universiti untuk menjalankan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat UiTM hari ini.

Roziah berkata, UiTM amat mengalu-alukan pengembangan ilmu dalam bidang sukan dengan menawarkan program pengajian tinggi kepada atlet-atlet sukan negara yang berkelayakan. 

“Baru-baru ini UiTM telah menawarkan peluang pengajian di peringkat diploma kepada atlet bola sepak wanita di samping 18 orang pemain bola sepak lepasan Akademik Mokhtar Dahari yang juga akan menyambung pengajian di UiTM,”katanya.

Program HSN tersebut diadakan secara hibrid melibatkan program senamrobik dan pemeriksaan BMI untuk warga UiTM Shah Alam dan disiarkan secara langsung melalui YouTube UiTM Channel. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya