MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron belum memuktamadkan keputusan, berkenaan komponen mana dalam Pakatan Harapan (PH) yang akan disertainya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan. Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Idris berkata, setakat kelmarin, belum ada penyerahan dokumen dibuat kepada mana-mana pihak, meskipun telah berjumpa ramai pemimpin politik. “Belum ada serahan dokumen lagi. Pemimpin parti yang ditemui juga memahami kesukaran kami ketika ini dan mereka menyokong usaha untuk terus maju ke hadapan. “Mereka juga menasihati untuk tidak terburu-buru dalam membuat keputusan,” katanya. Isu pencalonan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya