Harga bahan binaan melambung: Kontraktor terlibat projek SPNB paling ramai terjejas - Utusan Malaysia

Harga bahan binaan melambung: Kontraktor terlibat projek SPNB paling ramai terjejas

MOHD. NOOR IHSAN MOHD. ALWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kira-kira 200 golongan kontraktor di Negeri Sembilan yang terlibat dalam projek pembinaan perumahan Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) kini terbeban ekoran terpaksa menanggung kenaikan harga bahan binaan terutamanya besi.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan, Mohd. Noor Ihsan Mohd. Alwi berkata, pihaknya banyak menerima aduan kenaikan harga bahan binaan daripada kontraktor-kontraktor kecil yang menjalankan projek SPNB selain yang menerima projek daripada pejabat-pejabat daerah.

Jelasnya, kenaikan harga bukan setakat pada harga besi sahaja, malah, turut berlaku pada harga batu-bata selain kenaikan harga sewaan lori-lori untuk pembinaan.

“Bagi kontraktor yang menjalankan projek besar, saya tidak terima aduan lagi, yang banyak terjejas merupakan kontraktor kecil termasuk yang terlibat dengan projek SPNB.

“Apabila SPNB menawarkan harga rumah yang rendah, kontraktor perlu mengikut harga yang ditender, apabila harga bahan binaan meningkat, kos tersebut ditanggung oleh kontraktor, pihak SPNB tidak membuat pembayaran tambahan.

“Memang ramai yang mengeluh, harga besi naik, batu-bata, cat dan simen. Sewa mesin juga semakin naik ekoran harga alat ganti yang turut meningkat. Dahulu, sewaan untuk lori JCB sekitar RM450 sahaja, namun kini, meningkat kepada RM500, kesemua kenaikan ini berlaku bermula bulan Mei lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan keluhan golongan kontraktor di seluruh negara berikutan harga bahan binaan terutamanya besi yang melambung sehingga mencecah 60 hingga 100 peratus sejak awal tahun ini dan ia diramal akan berterusan.

Sementara itu, Mohd. Noor Ihsan berkata, beliau berharap kerajaan dapat memberikan penggunaan perubahan harga (VOP) bagi mengawal kenaikan mendadak harga bahan binaan.

“VOP ini memang sudah diluluskan oleh Kementerian Kewangan tetapi pelaksanaannya, Jabatan Kerja Raya (JKR) yang kena buat. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, perkara itu tidak boleh dilaksanakan lagi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya