Hanya dua program pendidikan Islam peringkat kebangsaan dilaksana tahun ini - Utusan Malaysia

Hanya dua program pendidikan Islam peringkat kebangsaan dilaksana tahun ini

ABDUL AZIZ JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan hanya dua aktiviti kokurikulum pendidikan Islam peringkat kebangsaan dilaksanakan tahun ini susulan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, program berkenaan adalah Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Kebangsaan (IKK) dan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM).

Beliau berkata, kedua-dua program itu yang berlangsung sejak April hingga bulan ini diadakan secara rakaman video dan ia disertai murid KAFA dan murid sekolah menengah agama (SMA) di seluruh negara.

“Objektif pelaksanaan IKK dan MIISMAM adalah memberi ruang dan peluang kepada murid-murid KAFA dan SMA menyerlahkan bakat dan kemampuan mereka.

“Murid yang menyertai program itu akan mendapat markah merit kokurikulum (10 peratus untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Universiti Awam (UA).

“Ia juga membantu mengeratkan hubungan silaturrahim antara negeri-negeri yang bertanding,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Abdul Aziz berkata, antara program IKK termasuklah tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, bercerita kisah al-Quran manakala MIISMAM pula seperti tilawah al-Quran, syarahan bahasa Melayu, syarahan bahasa Arab, syarahan bahasa Inggeris, khat dan bacaan Kitab Thurath.

Menurutnya, majlis penyampaian hadiah bagi dua program itu diadakan pada 12 November ini yang akan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

“Walaupun ia dilaksanakan dengan kaedah baharu, kami berharap ia dapat membantu melahirkan pelajar cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi potensi bakat dan kepimpinan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya