Gara-gara TikTok, suami ugut bercerai - Utusan Malaysia

Gara-gara TikTok, suami ugut bercerai

MOKTAR SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tidak suka melihat isteri leka bermain TikTok mendorong seorang suami mengugut untuk menceraikan pasangannya. 

Ketua Pendaftar  Nikah, Cerai dan Rujuk negeri, Moktar Salleh berkata, perceraian membabitkan pasangan berusia 30-an itu bagaimanapun berjaya dielakkan menerusi syarat yang dikemukakan suami. 

Katanya, lelaki berkenaan bersetuju memberi masa kepada isterinya untuk berubah sebelum kes itu dirujuk ke mahkamah syariah. 

“Lelaki itu cemburu apabila ramai yang memberikan tanda suka kepada hantaran isterinya yang viral.

“Walaupun disuruh berhenti TikTok, tetapi isterinya enggan, jadi, lelaki itu mengugut mahu menjatuhkan talak jika pasangannya masih berterusan bermain aplikasi itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Moktar berkata, kes perceraian dengan alasan remeh-temeh dan tidak munasabah lazim berlaku dalam masyarakat hingga kini.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pasangan seharusnya bertolak-ansur dan memperbanyakkan bersabar, di samping tidak menggunakan lafaz talak sesuka hati jika menghadapi masalah dengan pasangan masing-masing.

“Saya minta setiap pasangan mencontohi Rasulullah SAW dan  berpegang  kepada  hukum syarak bagi mengekalkan keharmonian rumahtangga,” katanya.

Sebanyak 1,617 kes perceraian direkodkan di Terengganu sepanjang tahun lalu manakala tahun sebelumnya pula adalah 2,691 kes. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya