Gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang  - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang 

GANGGUAN bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang yang berlaku malam tadi menyebabkan kesesakan di plaza tol jambatan berkenaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pengguna di Jambatan Pulau Pinang terpaksa ‘bergelap’ malam tadi selepas jambatan utama yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai itu mengalami gangguan bekalan elektrik. 

 

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Malaysia Bhd. (PLUS), Syed Mohammed Idid berkata, gangguan bekalan elektrik itu berlaku bermula pukul 8.23 malam. 

 

“Bekalan elektrik di kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan jambatan juga terjejas buat sementara waktu.

 

“PLUS memohon maaf atas kesulitan akibat gangguan tersebut dan pihak kami sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih bagi memulihkan situasi secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

 

Sejak malam tadi, tular dalam media sosial mengenai gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan di plaza tol jambatan berkenaan. 

 

Syed Mohammed berkata, PLUS juga berharap pelanggan bersabar dalam memahami situasi berkenaan. 

 

“Pihak kami juga sedang memulihkan kembali bekalan elektrik di plaza tol dan jambatan dengan kadar segera. 

 

“PLUS juga ingin memaklumkan  semua lorong kini telah berfungsi seperti biasa dan kami akan terus memaklumkan dari semasa ke semasa sebarang perkembangan terkini,” katanya. 

 

Tambahnya, pelanggan yang sedang menuju ke jambatan dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan memastikan jarak yang selamat dari kenderaan di hadapan setiap masa. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya