Fungsi DuitNow kini di  Touch ‘n Go eWallet - Utusan Malaysia

Fungsi DuitNow kini di  Touch ‘n Go eWallet

EFFENDY SHAHUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Touch ‘n Go eWallet melancarkan fungsi DuitNow Transfer yang membolehkan penggunanya memindahkan wang mereka dari mana-mana akaun perbankan dalam talian secara terus ke e-dompet tersebut.

Selain memberikan fungsi dan fleksibiliti yang lebih besar kepada pengguna, ia mengembangkan Touch ‘n Go eWallet ke ruang perkhidmatan kewangan digital dengan lebih jauh.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Effendy Shahul Hamid berkata, DuitNow Transfer membolehkan pihaknya bekerja lebih baik dengan ‘sumber dana’ pengguna.

“Inisiatif ini juga membuka beberapa peluang baharu untuk pengguna kami. Contohnya, pengguna yang sibuk dengan pekerjaan harian boleh memindahkan wang dengan mudah daripada akaun perbankan dalam talian mereka ke Touch ‘n Go eWallets anak-anak, ibu bapa atau pembantu rumah. 

“Justeru, majikan juga boleh menggunakan fungsi ini sebagai alternatif untuk pembayaran elaun pekerja mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

DuitNow Transfer adalah fungsi pemindahan dana segera yang dimulakan dari akaun perbankan dalam talian dan juga eDompet yang mengambil bahagian. 

Ia dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat bersama untuk pasaran kewangan Malaysia.

DuitNow Transfer adalah perkhidmatan kedua dari PayNet yang telah diterima oleh Touch ‘n Go eWallet selepas DuitNow QR, piawaian kod QR kebangsaan yang membenarkan mana-mana Kod QR untuk menerima pembayaran dari mana-mana bank dan e-dompet yang mengambil bahagian.

Pembayar yang memindahkan wang ke mana-mana akaun Touch ‘n Go eWallet yang disahkan adalah lebih selamat kerana eWallet telah membolehkan pengesahan wajah, ciri keselamatan yang lebih ketat untuk akses dan transaksi eWallet. 

Selain itu, pengguna Touch ‘n Go eWallet juga menikmati Ciri Jaminan Pulangan Wang yang menjanjikan pampasan penuh dalam masa lima hari bekerja untuk sebarang kemungkinan pembelian atau pemindahan yang tidak sah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya