Cuaca panas berakhir hujung minggu ini  - Utusan Malaysia

Cuaca panas berakhir hujung minggu ini 

SEORANG pejalan kaki terpaksa menggunakan payung berikutan cuaca panas yang melampau di sini hari ini. UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca panas yang melanda negara kebelakangan ini dijangka berakhir hujung minggu ini selepas Ribut Tropika Kompasu membadai Vietnam. 

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ini kerana keadaan cuaca yang kurang hujan kebelakangan ini adalah berikutan kehadiran Ribut Tropika Kompasu yang sedang merentasi Laut China Selatan dari Filipina ke arah Vietnam. 

Katanya, keadaan itu menyebabkan arah tiupan angin dari Barat Daya yang konsisten di rantau ini dan membawa kelembapan udara ke arah ribut tropika tersebut. 

“Maka keadaan ini menyebabkan aktiviti hujan dan ribut petir di negara kita berkurangan.

“Namun selepas, Ribut Tropika Kompasu membadai di Vietnam, maka negara kembali mengalami keadaan cuaca normal untuk fasa peralihan monsun.

“Fasa peralihan iaitu cuaca cerah pada pagi, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada lewat petang dan awal malam, khususnya di negeri pantai barat, pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan barat serta tengah Sarawak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini. 

Muhammad Helmi berkata demikian bagi mengulas mengenai fenomena yang melanda negara sehingga menyebabkan cuaca panas sejak kebelakangan ini.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya