Bot pemancing dilapor karam di Pulau Satang - Utusan Malaysia

Bot pemancing dilapor karam di Pulau Satang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah bot dengan pemancing dilaporkan karam di perairan Pulau Satang pada jarak dua batu nautika.

Susulan itu, Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Kuching mengaktifkan Operasi Carilamat kira-kira pukul pada 12.22 tengah hari.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata,
bot penyelamat 8 yang sedang beroperasi di sekitar perairan Santubong telah digerak ke lokasi kejadian kira-kira 11 batu nautika dari Pulau Satang Besar.

Katanya, pihaknya turut menubuhkan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Awam Telaga Air dan MRSC Kuching berhubung insiden kejadian kepada agensi sahabat serta selain menyalurkan maklumat kepada ketua kaum di Kampung Telaga Air.

“Keadaan laut dan cuaca di lokasi kejadian pada hari ini sedikit bergelora dengan kelajuan angin 20 hingga 30 kilometer sejjam dan ketinggian ombak 1.5 hingga 2.0 meter.

“Sektor pencarian pada hari ini memfokuskan pencarian dua batu nautika sehingga 20 batu nautika dari perairan Pulau Satang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zin Ahmad berkata, Op Carilamat ditangguhkan pada pada 6.30 petang apabila tiada sebarang petunjuk ditemukan sebelum diteruskan pada 7.00 pagi esok.

Ujarnya, MRSC Kuching telah mengkoordinasikan Op Carilamat bersama Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan melibatkan 20 pegawai dan anggota petugas di lokasi kejadian.

“Empat aset laut terlibat iaitu Penyelamat 8 Maritim Malaysia, dua buah aset PPM PSC 11 dan PA 1 serta sebuah aset JBPM.

“Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim agar batalkan niat ke laut sekiranya cuaca buruk dan sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut serta mengutamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini yang kurang baik,” ujarnya.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya