Bertubuh kurus bukan jaminan kantung perut kecil - Utusan Malaysia

Bertubuh kurus bukan jaminan kantung perut kecil

INDIVIDU yang bertubuh kecil dan kurus didakwa belum tentu mempunyai saiz perut yang kecil. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bentuk badan seseorang tidak menggambarkan saiz kantung perut individu tersebut.

Menurut seorang pakar perunding pembedahan dan bariatrik Dr. Mustafa Mohammed Taher berkata, ia berdasarkan kajian kes dan pengalamannya yang membuktikan saiz kantung perut tidak boleh diukur berdasarkan bentuk badan seseorang.

“Ada  pesakit yang beratnya melebihi 100 kilogram, namun, saiz perutnya lebih kecil selain kurang komplikasi dalaman.

“Namun, dalam masa yang sama, ada pesakit dikategorikan sebagai saiz sederhana tetapi mempunyai kantung perut lebih besar selain berpenyakit,” katanya menerusi satu perkongsian video di laman Twitter hari ini.

Dr. Mustafa dalam masa yang sama berkata,  pesakit bertubuh  kecil bukan sahaja mempunyai kantung perut yang besar, malah, turut menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan hati berlemak.

“Sebab itu, kalau ada pesakit tanya kenapa kos pembedahan bagi kategori individu berbadan kurus dan besar  adalah sama, ia kerana pembedahan bukan mengikut timbang kilogram.

“Sebaliknya, ia mengambil kira ukuran perut yang perlu dibuang, ketelitian serta rawatan selepas pembedahan itu,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya