PASIR PUTEH: Penampilan basikal klasik buatan England yang berusia lebih 120 tahun mencuri tumpuan ramai dalam program kayuhan santai sempena Hari Sukan Negara di sini semalam. Pemiliknya, Shaari Awang Ali, 63, memberitahu, basikal jenama Don Master itu pernah digunakan askar Punjab yang ditugaskan di Tanah Melayu pada zaman kolonial tentera British suatu ketika dulu. Kata Penasihat Kelab Basikal Tua Kelantan itu, basikal tersebut dihadiahkan seorang kenalan kira-kira 15 tahun lalu dan dia pernah ditawarkan RM5,000 oleh individu yang berminat mahu membelinya namun tidak berhasrat melepaskannya. “Ia ada nilai sentimental tersendiri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya