Azeez mohon peruntukan RM100 juta tingkat sistem parit, sungai - Utusan Malaysia

Azeez mohon peruntukan RM100 juta tingkat sistem parit, sungai

ABDUL Azeez Abdul Rahim (empat dari kanan) meninjau sebuah jambatan yang rosak akibat banjir di Kampung Batu Tujuh, Kampung Rambung, Jalan Kroh, Baling hari ini. - UTUSAN/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan memohon peruntukan sebanyak RM100 juta untuk meningkat sistem perparitan dan sungai bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di daerah ini.

Menurut beliau, permohonan peruntukan itu akan dibentangkan pada sidang Belanjawan 2022 di Parlimen nanti.

Katanya, kerajaan perlu mempertimbangkan permohonan tersebut untuk membantu penduduk di sini sering berhadapan dengan masalah banjir selepas hujan lebat. 

“Setiap tahun kita menghadapi masalah yang sama terutamanya apabila musim hujan dan musim tengkujuh dari September hingga akhir tahun.

“Hujan lebat selama tiga jam sahaja telah menyebabkan berlaku banjir terutamanya di kawasan rendah dan berhampiran sungai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjuan di kawasan terjejas banjir di Kampung Batu Tujuh, Kampung Rambung, Jalan Kroh di sini hari ini.

Belanjawan 2022 dijangka dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat pada 29 Oktober depan.

Abdul Azeez berkata, beliau bersimpati dengan nasib penduduk yang sering berhadapan dengan masalah banjir yang berulang-ulang setiap tahun.

“Saya mengharapkan penduduk akan dapat tinggal dalam keadaan selesa dan selamat selepas kerja-kerja meningkat sistem perparitan dan sungai tersebut dilaksanakan,” ujarnya. 

Dalam pada itu, tambahnya, pihaknya akan memastikan penduduk yang terlibat banjir akan mendapat bantuan meringankan beban mereka.

Jelasnya, antara bantuan yang diberikan itu berupa barangan makanan, tilam, bantal dan perkakasan dapur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya