Air pasang besar: Bomba pantau situasi di Port Dickson - Utusan Malaysia

Air pasang besar: Bomba pantau situasi di Port Dickson

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson mengadakan pemantauan di sekitar Pantai Seaview, Tanjung Gemok susulan air pasang besar yang berlaku pagi ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Jabatan Bomba dan Penyelamat Port Dickson kini sentiasa mengadakan rondaan sekitar pantai menjadi tumpuan pengunjung di daerah ini susulan berlakunya fenomena air pasang besar. 

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, rondaan dan pemantauan itu bagi memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku termasuk pada hujung minggu. 

 

“Kami turut mengadakan pemantauan berskala mengikut data pasang surut air laut di sekitar pantai di daerah ini pada waktu pagi dan petang di kawasan kunjungan pengunjung.

 

“Pemantau data keadaan pada pagi ini menunjukkan air pasang pada tahap 3.26 meter manakala pada waktu petang 2.78 meter. 

 

“Pada keesokan hari pula pada tahap 3.23 meter (pagi) manakala, petang pula 2.71 meter. Jangkaan air pasang surut pada lusa 10 Oktober ini pula pada awal pagi 3.09 meter dan petang dijangka pada 2.58 meter,” katanya hari ini. 

 

Menurutnya, keadaan air laut pada minggu ini amat membimbangkan bagi aktiviti di air susulan negara berada dalam fasa Monsun Timur Laut. 

 

“Pengunjung pantai juga dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa air laut dan sentiasa peka.

 

“Orang ramai terutama kanak-kanak hendaklah mengutamakan keselamatan di air dengan  sekurang-kurangnya menggunakan jaket keselamatan sebagai persediaan awal agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya lagi. 

 

Dalam pada itu, katanya, seramai lapan orang anggota akan  menggunakan kenderaan utiliti pacuan empat roda, ambulans EMRS dan FRT akan berada di beberapa lokasi tumpuan di daerah ini. 

 

Mohd. Hairul turut memaklumkan sebarang kecemasan sama ada hampir lemas atau sedang berlaku kejadian lemas, orang ramai dimohon melaporkannya kepada pihak bomba dengan kadar segera.

 

“Kami mohon kepada pengunjung mahupun orang awam yang terlibat sebarang kecemasan untuk menghubungi pihak bomba dengan kadar segera,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya